Penghapusan pemerintahan beraja
Penghapusan pemerintahan beraja

Penghapusan pemerintahan beraja

Sepanjang sejarah, monarki atau pemerintahan beraja dihapuskan sama ada melalui pembaharuan perundangan, kudeta (rampasan kuasa) atau peperangan.Contohnya penggulingan monarki Inggeris oleh Parlimen Inggeris yang diketuai oleh Oliver Cromwell pada tahun 1649. Monarki ini dipulihkan semula pada tahun 1660. Monarki Perancis menerima nasib yang sama pada tahun 1792 semasa Revolusi Perancis. Monarki Perancis dipulihkan beberapa kali sehingga tahun 1871. Monarki China tidak lagi wujud selepas revolusi Sun Yat-sen pada tahun 1912. Maharaja Korea hilang takhtanya apabila negara Korea diilhak oleh Jepun pada tahun 1910. Selepas kematian khan terakhir pada tahun 1924, Mongolia menjadi republik.Pada tahun 1893, pemimpin perniagaan menggulingkan Ratu di Hawaii untuk menubuhkan sebuah republik sebelum Hawaii menyertai Amerika Syarikat pada tahun 1898. Monarki di Portugal digulingkan pada tahun 1910, dua tahun selepas pembunuhan Raja Carlos I.Perang Dunia I berkemungkinan membawa kepada kejatuhan besar monarki dalam sejarah. Keadaan di dalam Rusia dan prestasi buruknya ketika perang membawa kepada revolusi komunis yang menggulingkan seluruh institusi monarki, menembak mati Tsar dan melaksanakan kerajaan diktator dari golongan bangsawan. Kekalahan empayar Jerman, Austria dan Turki menyaksikan penghapusan monarki mereka selepas perang. Begitu juga dengan negara naungan Jerman seperti Finland dan Lithuania yang kedua-dua raja mereka hilang takhta selepas kekalahan Jerman pada bulan November 1918.Pada tahun 1939, Itali melanggar Albania dan membuang Raja Zog untuk meletakkan Raja Itali sebagai raja baru Albania. Itali bersama dengan beberapa monarki di timur Eropah seperti Bulgaria, Hungary dan Romania menyokong Jerman semasa Perang Dunia Dunia menentang Yugoslavia, kuasa sekutu barat dan Soviet Union. Dengan kekalahan kuasa paksi dalam perang, golongan komunis di Yugoslavia merampas kuasa dan mengakhiri monarki. Golongan komunis di Bulgaria, Hungary dan Romania membuang raja mereka dengan sokongan kuat Soviet Union yang mempunyai ramai tentera dan penyokong yang diletakkan di sana ketika peperangan. Raja Itali berubah menyokong sekutu barat tetapi dalam satu referendum pada tahun 1946, sistem monarki di sana dihapuskan juga. Maharaja Jepun yang memainkan peranan penting dalam perang dunia juga dikurangkan kepentingannya kepada hanya menjadi simbol negara.Di Greece, raja mereka terpaksa melarikan diri selepas kudeta pada tahun 1967 dan Greece diisytiharkan sebagai sebuah republik pada tahun 1973.Monarki di India, Kenya, Tanzania, Zambia dan Zimbabwe dihapuskan apabila negara ini mencapai kemerdekaan dari United Kingdom. Monarki di Ireland dihapuskan oleh Akta Republik Ireland 1948 yang berkuat kuasa pada tahun 1949. Pakistan menjadi republik pada tahun 1956. Monarki di Afrika Selatan dihapuskan pada tahun 1961 oleh referendum apartheid. Mauritius pula menjadi republik pada tahun 1992.Mesir dan Sudan menghapuskan monarki pada tahun 1953 selepas revolusi tahun 1952. Raja-raja dihapuskan di Tunisia pada tahun 1957, Iraq 1958, Libya 1969, dan Iran melalui revolusi pada tahun 1979. Di Ethopia, maharaja digulingkan pada tahun 1974 akibat dari revolusi demokrasi. Pergolakan politik dan kebangkitan komunis menamatkan monarki di Indochina selepas Perang Dunia II.